Ermm.. Belajar Apa?

Minggu Ke 29 (6 Ogos hingga 10 Ogos 2012)

Pada minggu ini kita akan membincangkan tema kegigihan di mana di dalam tema ini terdapat subtopik Jasamu dihargai,Kegigihan Tangga Kejayaan dan Dirimu Terbilang Negara Terbilang.
Di dalam sub topik Jasamu Dihargai, kita akan berkenalan dengan tokoh Bahasa Melayu yang terbilang iaitu Prof Dr Nik Safiah Karim.

Selain dari itu terdapat beberapa teks bacaan yang menarik seperti Sahabatku Jehan,Tangisan Kejayaan, Usaha Tangga Kejayaan dan Bapa Pembangunan Negara.
Beberapa kemahiran akan kita praktikkan di dalam minggu ini antaranya ialah kemahiran menggunakan kamus,kemahiran mengesan dan menyusun idea,mengenalpasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya, membuat pengelasan tentang kekuatan dan kelemahan maklumat yang diterima dan menyusun idea sesuatu isu untuk membuat komen.

Minggu ke 28 (30 Julai hingga 3 Ogos 2012)

Pada minggu ini, bersempena dengan pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang yang bermula pada 25 Julai yang lepas, kita akan menyelami tajuk Setia Kepada Negara.
Menerusi tajuk ini kita akan menitikberatkan kemahiran menyampaikan maklumat, mengenalpasti maklumat, mencatat nota, mengenalpasti genre-genre penulisan yang pelbagai di samping membaca dan menghayatinya.
Antara tajuk-tajuk yang akan kita sentuh pada minggu ini ialah Mencipta puisi, Jata Negara, Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan Kemerdekaan.
Diharap selepas mempelajari tema pada minggu ini, para pelajar akan lebih menghargai apa yang kita miliki sekarang dan sentiasa sematkan semangat cintakan negara bertuah ini.


Ermm Pada Minggu ini (02-06 April 2012) kita akan meneliti tajuk Sukan dan Kesihatan

 

Ermm Pada Minggu ini (19-30 Mac 2012) kita akan cuba meninjau pelbagai aspek tentang Alam Sekitar.

Antara tajuk-tajuk yang akan disentuh ialah, Alam Bersih Hidup Sihat, Manusia Prihatin Bumi Terpelihara dan Kebersihan Negara Tanggungjawab Kita. Pelbagai kemahiran akan kita praktikkan antaranya ialah kemahiran menyatakan permintaan secara berterus terang, mengenalpasti pelbagai genre penulisan, membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk, mendeklamasi puisi dan membina ayat topikal berdasarkan sesuatu perkara.

Kita juga akan bertemu dengan beberapa peribahasa, antaranya ialah…”Umpama Aur dengan tebing, seperti kera sumbang, seperti enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dan seperti kacang lupakan kulit.”

SELAMAT BELAJAR…

Tema MInggu ini (13 hingga 17 Februari 2012) ialah :

USAHA TIDAK HENTI KEJAYAAN MENANTI

Usaha tangga kejayaan..Ungkapan ini sering menjadi pembakar semangat buat kita semua. Pada minggu ini kita akan meninjau bagaimana usaha yang tidak mengenal erti jemu akhirnya akan membuahkan kejayaan. Beberapa petikan di dalam buku teks yang mengisahkan bagaimana seorang pelajar bernama iZhar yang mendapat semangat baru selepas merenung sebuah busut anai-anai di bawah rumahnya. Banyak lagi cerita-cerita menarik akan dikongsi di dalam minggu ini.  Kita juga akan mempelajari kata adjektif, kata hubung dan tanda baca. Beberapa intonasi bacaan juga akan dipelajari bersama termasuk bagaimana bentuk intonasi untuk mendeklamasi syair. Semuga semua pelajar bergembira dalam pelajaran Bahasa Melayu pada minggu ini….

< p>Tema Minggu Ini ( 30 Januari hingga 3 Feb 2012) ialah :

Tma 4

SEKOLAH SELAMAT

Minggu ini kita akan mempelajari pelbagai kemahiran bahasa dalam lingkungan tema Sekolah Selamat. Ia akan menyentuh ciri-ciri sebuah sekolah yang selamat yang meliputi pelbagai aspek termasuk bagaiman hendak menjadi sekolah yang cemerlang . Sekolah selamat tidak hanya berkisar kepada keselamatan fizikal dan mental sahaja tetapi ia meliputi pelbagai aspek yang meliputi ruang lingkup yang lebih luas termasuk Sekolah Harapan Negara dan Kecemerlangan Sukan. Marilah kita berseronok mengembangkan minda dan pengetahuan kita di samping meningkatkan kemahiran berbahasa.

Tema minggu ini (16 hingga 20 Januari 2012) ialah :

Tema 3

KASIH DISEMAI BUDI DIHARGAI

Di dalam minggu ini kita akan mempelajari bagaimana menerima teguran dengan hati terbuka dan penuh rasa kasih sayang. Teguran adalah sesuatu yang baik untuk kita memperbaiki diri dan memperbetulkan kesilapan yang kita lakukan. Kita akan belajar bagaimana membina ayat yang sopan dalam membuat teguran. Kita juga akan belajar bagaimana membina ayat untuk respon kepada teguran tersebut. Minggu lepas kita telah mempelajari bagaimana membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang sesuai. Masih ingat lagi pada kata hubung? Apa contoh kata hubung yang telah kita gunakan pada minggu lepas? Kalau lupa cuba selak latihan yang kita buat di dalam buku Tatabahasa… Ok…selamat belajar dan bergembira dengan kelas Bahasa Melayu yang saya laksamakam…

Tema minggu ini (9 hingga 13 Januari 2012) ialah :

Tema 1 dan 2

KELUARGA HARMONI HIDUP DIBERKATI

Isi Kandungan Tema ini ialah perbualan tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. Selain itu ia juga berkaitan dengan Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.Para pelajar juga akan diajar bagaimana Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk

Kemahiran yang berkaitan ialah

Kem. 1.1 Aras 2 (i) iaitu  Bertukar-tukar  pandangan berdasarkan  sesuatu isi, Kem. 5.1 Aras 2 (i)
Membaca pelbagai jenis ayat dengan  memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
Aras 2 (ii)     Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks  8.1 Aras 2 (i)    Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat

Komentar
  1. nuramysha5usm berkata:

    cikgu memang pandai buat ayat lah

  2. nuramysha5usm berkata:

    cikgu adakah keluarga bahagia ni merupakan sifat semua manusia

    • erecess skss berkata:

      Semua manusia menginginkan bahagia….semua manusia memiliki kasih sayang..untuk peroleh bahagia kita harus memulakan dengan kasih sayang sesama insan..

  3. nuramysha 5usm berkata:

    ooooo…..baru saya tahu terima kasih

  4. ooooooooooooooh macam tu rupa yeeee

  5. fatin berkata:

    Amy awk x wat pe pe ke?

  6. AZRI KHUZAIRIE berkata:

    cikgu manakah latihan cikgu bagi itu?

  7. yasmin nabihah berkata:

    hai baru tahu

  8. nuramysha 5usm berkata:

    kasihan fatin tiada siapa yang menjawab soalan dia” klau ibu bape kite bercerai adekah hidup kita x akan bahagia sampai selame nye aer??????” biar saya memberi answer ;tidak semestinya fatin, kerana Allah telah membuat takdir kita dengan yang dirangcangnya oleh itu awak jangan lah berfikir sedemikian…

  9. nuramysha 5usm berkata:

    cikgu, bolehkah cikgu membuat cotoh-contoh peribahasa tentang keluarga?

  10. ATYN YANA (FATIN ARYANA) berkata:

    lala :-p

  11. syika berkata:

    ye……….. dh nk cuti lagi 3 ari jer bye cikgu naza
    .

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s