Kasih Disemai Budi Dihargai

Posted: Januari 15, 2012 in Uncategorized

 

Berkasih sayang adalah fitrah manusia…bermaksud tiap-tiap dari kita telah Allah anugerahkan nikmat berkasih sayang diantara satu sama lain. Dalam diri para pelajar sekelian telah sedia ada perasaan kasih dan sayang terhadap ibu dan ayah, adik beradik, kaum keluarga dan kawan-kawan. Ibu dan ayah juga menyayangi kalian semua, menjaga dari kalian bayi sehinggalah sekarang. Mereka menyediakan tempat tinggal, memberikan makanan yang mencukupi, membelikan pakaian dan menghantar ke sekolah. Terlalu besar pengorbanan ayah dan ibu, tidak akan termampu untuk para pelajar membalasnya. Bagaimana kita hendak membalas kasih sayang dan pengorbanan yang dilakukan oleh kedua ayah dan ibu. Mudah sahaja… para pelajar harus sentiasa membuatkan kedua ayah dan ibu gembira, mendengar kata dan nasihatnya, tidak menyusahkan mereka berdua dan yang paling penting, para pelajar sekelian harus menjadi pelajar yang berjaya dan membanggakan ibu bapa. Belajarlah rajin-rajin, dengar nasihat guru sebab guru sentiasa inginkan yang terbaik buat para pelajarnya.

Ramai yang berjasa kepada kita selain dari ibu bapa dan guru-guru. Baru-baru ini para pelajar telah diberi sumbangan seratus ringgit oleh Kerajaan Malaysia untuk meringankan beban tanggungan persekolah. Belum pernah dalam sejarah para pelajar diberi sumbangan sedemikian rupa. Bersyukurlah dan hargailah sumbangan yang diterima. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya, jangan digunakan untuk tujuan yang tiada kaitan dengan persekolahan. Kita harus berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan sentiasa ingin meringankan beban rakyatnya.

Ingatlah…orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, andai dilupa budi dan jasa, kelak jiwa akan tersiksa.

Sekian…

Komen-komen
  1. nadiah farzana berkata:

    bes gak kan kawan kawan……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s