Darihal

Portal ini dibangunkan khas untuk menyahut cabaran Kementerian Pelajaran yang ingin melihat tranformasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Portal khusus untuk pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu ini telah dirangka untuk saling berkolaborasi dengan aplikasi online sedia ada seperti Facebook, tweeter dan email. Berdasarkan kajian secara lisan, adalah didapati 80 peratus pelajar Kelas 5USM mempunyai kemudahan internet di rumah masing-masing. Tujuh puluh peratus pula telah memiliki akaun facebook dan email.

Pada setiap hari Rabu malam Khamis, para pelajar 5 USM diwajibkan untuk berada di hadapan komputer di rumah masing-masing untuk bersembang dan berbincang mengenai pelbagai topik yang terdapat di dalam silibus mereka. Para pelajar boleh berbincang secara bebas tetapi terkawal dalam memberi pendapat dan saranan. Mereka juga akan menjawab latihan dan kerjarumah yang diberi secara online atau menerusi email. Guru boleh terus menyemak jawapan dan respon pelajar secara langsung dan memperbaiki kesilapan pada waktu yang sama. Para pelajar digalakkan untuk mengirimkan karya-karya mereka untuk disiarkan di dalam portal dan karya terbaik bulanan akan menerima ganjaran yang sewajarnya.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Kelas 5USM akan dilaksanakan dengan menerapkan pelbagai elemen ,sumber dan kaedah yang fleksibel. Pengajaran di dalam kelas hanya berlangsung selama dua hari iatu pada hari Selasa dan Jumaat. Pada hari Isnin mereka akan mempelajari matapelajaran ini dengan dibantu oleh Tutor TV menerusi saluran Kampus ASTRO di Bilik Tayang Erecess. Pada hari Rabu pula, para pelajar akan menggunakan Makmal Komputer untuk berkolaborasi dan memperbaiki struktur ayat serta menjana idea menerusi talian internet. Pada hari Khamis pula, para pelajar akan melaksanakan Program NILAM selama sejam di Perpustakaan erecess. Dalam setengah jam pertama para pelajar akan memilih buku untuk dibaca dan dicatat di dalam buku Rekod Bacaan NILAM manakala setengah jam berikutnya mereka akan bercerita semula mengenai buku yang telah dibaca kepada rakan sekelas.

Sekian…


Komen-komen
  1. wah cikgu naza memmang best………..lah heeeeeee

  2. sarah5usm berkata:

    baiklah cikgu………..saya akan buat yang terbaik…………

  3. kata terbaik tapi mana ayat nya?

  4. Yasmin Nabihah. berkata:

    Cikgu Terbaikkkkkkkkkkkkkkk||||||||||||||||||||||||||||||||||||.

  5. nuramysha 5usm berkata:

    para pelajar 5usm sekalian kita harus mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran bahasa melayu utuk membuktikan tanda terima kasih kita terhadap cikgu kita

  6. sarah5usm berkata:

    betul tu amysha………kita kena buat yg terbaikkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  7. mimi faqihah berkata:

    saya sokong amysha

  8. nurul afiza berkata:

    sokong amy..

  9. fatin aryana berkata:

    Kelakar la muke cikgu..l…
    Hehehehe……

  10. ruzalina binti abu bakar berkata:

    dan kerja sekolah yang diberi oleh guru perlu siap…………….kan cikgu

  11. erecess skss berkata:

    ERm manalah perginya murid-murid saya ni…semakin hari semakin jarang pulak mengunjungi portal kita ni….
    Ermmmmmmmmmmmmm

  12. Nurul Shafiqah Sahira 5usm berkata:

    Ala cikgu banyak x online sebab sebok dengan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s