Karya Pelajar

PERTANDINGAN MENULIS UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG 5USM


PENTADBIR bLOG 5 usm MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA PEMBACA UNTUK MENGHANTAR KARYA MEREKA UNTUK DIADILI.TEMA KARYA ADALAH BEBAS TETAPI IANYA HARUS MEMBAWA KESAN POSITIF KEPADA PARA PEMBACA. TARIKH TUTUP IALAH PADA 25 SEPTEMBER 2012. HADIAH-HADIAH LUMAYAN MENANTI PARA PEMENANG. KARYA YANG MENANG AKAN DISIARKAN DI DALAM BLOG INI.
SILA EMAIL KARYA ANDA KEPADA : nazaliadiana@gmail.com

KARYA PERTAMA YANG DITERIMA..Tahniah diucapkan..

TAJUK : KENAPA SAYA SAYANG KELUARGA SAYA ?
Muhammad Zakwan bin Jalaluddin
(5 USM )
Saya tinggal di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi bersama keluarga tercinta. Saya sangat sayang keluarga saya kerana tanpa mereka, hidup saya tidak bermakna. Saya sangat sayang kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka telah membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang kepada saya. Saya juga sayang kepada kedua kakak-kakak serta adik saya kerana mereka sering membantu saya semasa di dalam kesusahan.
Saya akan sentiasa mendoakan keluarga saya setiap masa agar keluarga saya akan dirahmati, dikasihi, dipermudahkan segala urusan serta diberi kesihatan yang berkekalan. Saya juga sentiasa membantu keluarga saya tidak kira masa dan tempat, asalkan ianya memberikan manfaat kepada saya.
Kasih sayang yang dicurahkan terhadap saya amatlah dihargai. Setiap jasa ibu bapa serta adik beradik terhadap saya tidak akan dilupakan. Saya pasti akan kenang jasa mereka sehingga akhir hayat saya. Saya sangat-sangat berharap agar Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk membalas jasa mereka bila besar nanti. Saya sangat sayang keluarga saya.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Salam…

Khas buat para pelajar saya sekelian..

Silalah hantar karya masing-masing menerusi komen di bawah atau emailkan kepada saya….

Tajuk hendaklah berkaitan dengan keluarga, kasih sayang dan membalas jasa. Karya yang terbaik akan diberi ganjaran yang sewajarnya.

Silalah….

Komen-komen
  1. cikgu naza berkata:

    Assalamualaikum semua pelajar tahun 5 USM..
    Ermmm..saya masih lagi menanti kiriman karya para pelajar semua.. Bilakah agaknya penantian saya ini akan berakhir…????

  2. cikgu naza berkata:

    Tahniah diucapkan kepada Muhammad Zakwan di atas kiriman karyanya yang menarik…Syabas

  3. nuramysha 5usm berkata:

    menarik nyaaaa…….

  4. nuramysha 5usm berkata:

    cikgu kalau saya buat karangan menerusi komen boleh kan cikgu?tapi boleh tak kalau sata tidak taruk gambar?

  5. nuramysha 5usm berkata:

    sory cikgu salah eja …….tapi kalau saya tidak tarok gambar boleh tak?itu yang saya nak cakapkan bukan sata tapi saya maaf

  6. nurul afiza berkata:

    Saya Sayang Sekolah Saya..
    pada tahun yang lalu saya bersekolah di SK bandar ester,tetapipada tahun 2010 saya telah pindah di SK seri saujana.Sekolah ini indah dan bersih.
    saya sayang sekolah saya,walau di mana jua saya berada saya tetap inga dan akan megharumkan nama sekolah disebabkan saya bersekolah di sini saya juga memaham apa yang guru-guru.
    saya sayangkan sekolah saya kerana guru-guru semuanya boleh mendidik kami dengan betul.
    semua pelajar baik di sebapkan guru-guru mendidik anak muridnya dengan penuh semangat untuk mempejuangkan anak muridnya dapat keputusan yang baik..”SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA”

    • cikgu naza berkata:

      Tahniah diucapkan kepada nurul afiza di atas karyanya yang berjudul “Saya Sayang Sekolah Saya”. Walau macaman pun Nurul masih boleh memperbaiki struktur ayat yang digunakan. Cuba lagi…

  7. saya mengucap syabas kepada warga 5usm best nya ………………………………

  8. nurul afiza berkata:

    alamak banyaknye yang tersalah tulis,sory cikgu.

  9. fatin berkata:

    Cikgu hebat jugak zakwan tu…..

  10. cikgu naza berkata:

    Salam buat semua warha 5 USM…saat ini saya sedang online… saya masih menunggu komen dari para pelajar semua…Hantarkan komen atau karya masing-masing…jangan malu jangan segan…malu bertanya sesat jalan…kan!

  11. nuramysha 5usm berkata:

    i love my school…. saya sayang sekolah saya kerana sekolah saya besar dan cantik serta luas.di sekolah saya mempunyai ramai murid-murid dan guru-guru yang baik hati.di sekolah saya juga mempunyai perpustakaan,pejabat,bilik guru,makmal sains ,makmal komputer,bilik muik dan bilik kemahiran hidup. jika saya tidak faham dalam pelajaran rakan-rakan saya dan guru-guru akan menolong saya.di kelas saya sudah anggap rakan-rakan saya adalah adik, abang dan kakak saya.jika guru, saya akan meanggap guru-guru itu adalah ibu bapa saya…saya ingin belajar bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama baik sekolah saya dan nama ibu bapa saya dan tidak lupa juga guru-guru yang mengajar saya….saya sayang sekolah saya………………kenangan dan kasih sayang dari guru dan rakan tidak akan dilupakan oleh saya sampai saya tua……. SEKIAN TERIMA KASIH

    • cikgu naza berkata:

      Syabas nuramysha di atas kiriman karya “saya sayang sekolah saya”, ia sebuah karya yang agak menarik, gaya bahasa yang bersahaja..struktur ayat juga baik…tahniah

  12. nuramysha 5usm berkata:

    jika kalau saya salah eja maaf ya

  13. nurul afiza berkata:

    Pntun Mengenang Budi..
    Burung pipit di sawah padi,
    dihalau teruna bertuduh sasa;
    ingatlah pada orang derbudi,
    kenang olehmu sepanjang masa.

    Anak lembu di tepi bukit,
    berjalan beriring berkawan-kawan;
    berbuat baik walau sedikit,
    tetep dikenenang budimu tuan.

  14. sarah5usm berkata:

    cantik pantun……..

  15. hai muya bila kau nak tulis karangan….

  16. FATIN5USM berkata:

    SAYA SAYANG SANGAT SEKKOLAH SYE…

  17. nuramysha 5usm berkata:

    Payah kami menabur padi
    Nenas juga ditanam orang
    Payah kami menabur budi
    Emas juga dipandang orang

    Biarlah orang bertanam buluh
    Mari kita bertanam padi
    Biarlah orang bertanam musuh
    Marilah kita bertanam budi

    Baik-baik makan keladi
    Keladi itu ada miangnya
    Baik-baik termakan budi
    Budi itu ada hutangnya

    Tenanglah tenang air di laut
    Sampan kolek mudik ke tanjung
    Hati terkenang mulut menyebut
    Budi yang baik rasa nak junjung

    Jangan suka mencabut padi
    Bila dicabut hilang buahnya
    Jangan suka menyebut budi
    Bila disebut hilang tuahnya

    Singgah ke pulau menggali ubi
    Kalau ke beting berdayung juga
    Sepuluh kali kita berbudi
    Kalau miskin terbuang juga

    Mati kayu karena benalu
    Patah layu dahannya mati
    Mati Melayu karena malu
    Kalah Melayu termakan budi

    Ragi pulut dalam kati
    Tapai manis dalam kuali
    Selagi hidup dalam pekerti
    Sampailah mati dalam budi

  18. nurul afiza berkata:

    Cantik pantun amysha.

  19. nuramysha 5usm berkata:

    terima kasih cikgu

  20. lia berkata:

    tahniah kepada semua pelajar SKSS

  21. nurul afiza berkata:

    Pantun Budi.
    Asam pauh dari seberang,
    gugur buahnya di tepi perigi;
    badan jauh di rantau orang,
    sakit payah ditanggung sendiri.

    Berhati-hati memilih ikan,
    jangan terpilih ikan gelama;
    baik-baik memilih intan,
    jangan terpilih batu delima.

  22. Yasmin Nabihah. berkata:

    Saya Sayang Keluarga Saya Saya sayang keluarga saya.Saya juga menyayangi keluarga saya.Saya menyayangi keluarga saya kerana mereka telah membuat keluarga saya indah permai.ITU SAJA APA YANG SAYA NAK CAKAP.

  23. nuramysha 5usm berkata:

    cikgu siapa pemenangnya?

  24. fatin berkata:

    Mmm…..wah dapat hadiah paling lumayan kan best nye…….

  25. nuramysha 5usm berkata:

    memang lah kalau awak nak tau jadi buat lah yang terbaik fatin

  26. nuramysha 5usm berkata:

    Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

    Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

    Seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

    Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

    Bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

    Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

    Bagai Aur Dengan Tebing
    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

    Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
    Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

    Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
    Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

    Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
    Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

    Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

    Indah khabar daripada rupa
    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

    Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

    Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

    Kacang lupakan kulit
    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

    Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

    Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
    Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

    Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
    Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

    Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
    Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

    Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
    Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

    Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
    Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

    Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

    Bagai ikan pulang ke lubuk
    Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

    Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
    Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

    Bak cendawan tumbuh selepas hujan
    Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

    Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
    Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

    Bbiar mati anak, jangan mati adat
    Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

    Sediakan payung sebelum hujan
    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

    Mencari Jalan
    Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

    Memerah Otak
    Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

    Berbesar Hati
    Maksud : Gembira.

    Anak Buah
    Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

    Tuan Rumah
    Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

    Batu Penghalang
    Maksud : Halangan

  27. nurul afiza berkata:

    Kata Berlawan.
    abadi=sementara
    abai=tanggungjawab
    abah=emak
    abstrak=maujud
    acah=hormay,mulia
    acap=kadang-kadang
    adil=zalim
    agak=pasti
    agresif=ramah
    aib=megah,bangga
    ajaib=biasa

  28. nurul afiza berkata:

    cikgu bsk ari rabu ikut Jadual lps rehat ke?

  29. Nurul Shafiqah Sahira 5usm berkata:

    cikgu kenapa dah lama x online portal 5USM?

Tinggalkan Jawapan kepada nuramysha 5usm Batal balasan