Pemahaman

Logo dan maksud Jata Negara Malaysia


Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia yang asal .


Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia yang terbaru.

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam – agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Jata Negara Malaysia yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya – Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja

PERIBAHASA MELAYU

a. Berbulan Madu

Suasana bahagia selepas berkahwin Pergi melancong selepas upacara perkahwinan

b. Lembut gigi daripada lidah

Kata-kata yang begitu lembut

c. Lembu punya susu, sapi dapat nama

Orang lain berusaha, orang lain mendapat nama

d. Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Melatih anak biar daripada kecil

e. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya

f. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Tidak berubah-ubah sejak sekian lama

g. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Kata sepakat didapati melalui rundingan

h. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Tekun dan usaha tentu berjaya

i. Membujur lalu melintang patah

Tidak ada yang dapat menghalang

Harapkan pagar, pagar makan padi..

 

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya di halaman Latihan

Petikan 1
Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan
bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa
berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam
kelas.
Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam
kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala
Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus
dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga
muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.
Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu
sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka
belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba
menyelesaikannya secara muafakat.
Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung
juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong
ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan
orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

Komen-komen
  1. nuramysha5usm berkata:

    cikgu jawapannya tulis kat buku pemahaman ke

  2. petikan salin kan?jawapan kena buat a, b, c ke?

  3. YASMIN NABIHAH berkata:

    cikgu saya tengah online ni
    cikgu buat apa
    cik gu online ke tak

  4. saiyidah hanisah berkata:

    salam,cikgu kls 5ukm sye online tpi x phm
    sngt bleh cikgu trngkan skt

  5. nuramysha 5usm berkata:

    selamat datang saiyidah ke portel kelas 5usm

  6. nuramysha 5usm berkata:

    Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

    Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

    Seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

    Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

    Bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

    Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  7. yasmin nabihah berkata:

    asalamualaikum cikgu
    cikgu buat pe
    cikgu online 6tak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s