Penulisan C

PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni


CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Contoh 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.

Contoh 2

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

JAWAPAN

1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.

Contoh 3

Tema : Murid yang bersikap negative

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

 

 

Cadangan masa menjawab Bahagian C
20 minit

Membuat  Ulasan
Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
Tidak  kurang  50 patah perkataan atau  tidak melebihi 50 patah perkataan.
Cara  Menjawab Soalan

Baca dan fahami situasi.
Gariskan kata kunci dalam soalan.
Sediakan rangka karangan.  Catatkan    nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan

Contoh:

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi.  Setelah  menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan.  Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.  Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku.  Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas.  Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya.  Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria

Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan

Bangun awal pagi – disiplin diri
Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama – kasih sayang
Bersalam – menghormati orang tua
Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan

BAHAGIAN C – Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah……………………(huraian/contoh).
Seterusnya, kita haruslah……………………
…………………………….(huraian/contoh)………………
Di samping itu, kita hendaklah…………………
(huraian/contoh)………………………………………..
Selain itu, kita mestilah ……………………….
……………………………..(huraian/contoh)………….
………………………………………………………………
Akhirnya, kita wajarlah……………………….(huraian/contoh)
……………………………………………………………..

Komen-komen
  1. 1.menolong ibu di dapur.(disiplin)
    2.sarapan bersama-sama.(kasih sayang)
    3.besalam dengan ibu bapa.(merhormati)
    4.membaca buku.(tidak membuang masa)
    5.meyapu dan megemas bilik.(menjaga kerbesihan)

  2. nuramysha 5usm berkata:

    wah pandai jugak kan awak

  3. Nafeesa Shahiza berkata:

    Ye betul tu,,
    Pandai juga🙂

  4. norfika aida binti rozman berkata:

    bahagian c memang susah nak cari nilai muni huraian…..

  5. nur izatul fazleen bt ahmad romzee berkata:

    betul 3 …

  6. Nuurul Hudaa berkata:

    TERIMA KASIH SAYA FAHAM APA YANG ADA DI DALAM BLOG INI TERIMA KASIH………………………………..

  7. fakhrul skpj berkata:

    barulah saya faham apa nilai murni yang saya ketahui

  8. Aqilah sufia berkata:

    Thanks…teacher because you help me in BM.

  9. syukrina kadir berkata:

    antara nilai mrni yang saya peroleh daripada kehidupan saya ini ialah pertama kita mestilah mempunyai sikap sabar seperti saya yang sentiasa bersabar apabila diganggu ,dikeji dan dipukul.selain itu kita seharusnya bersikap murah hati seperti kawan saya memberikan sedikit makanan kepada saya walaupun sedikit.seterusnya kita juga mestilah bersemangat tinggi seperti saya hendak membeli basikal faxsi dengan menabung.

    mohon ampun jika patik ada salah silap ayat yang dibina.

  10. syukrina kadir berkata:

    saya berasa puas setelah membaca kesemua ini kerana ia dapat membantu saya dalam pelajaran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s