Tatabahasa

PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA “DARI” DAN “DARIPADA”

Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama “dari” dan “daripada” sesuai digunakan. Saya paparkan sedikit info mengenainya.

Secara mudahnya,kata sendi nama “dari” digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi nama dari:

1. Cikgu Ahmad Rafie berasal dari Bukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. – (Tempat)

2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. – (Masa)

3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. – (Arah)

Kata sendi nama’daripada’ pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama “daripada”:

1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. – (asal-usul)

2. Muhammad menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Erma. – (orang)

3. Walaupun badannya kecil, Hasif mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Zaleha. – (Perbandingan)

Kamus Antonim – Perkataan berlawan
ANTONIM

Antonim ialah kata yang berlawan maksudnya.
A
agung – kecil
aib – bangga
ajaib – biasa
aktif – pasif
alim – jahil
am – khas
angkasa – bumi
azab – bahagia

B
bakhil – pemurah
bangkang – sokong
banjir – kamarau
becok – pendiam
beku – cair
bentang – gulung
bersatu – bercerai
biduan – biduanita
bongsu – sulung
borong – runcit
buncit – kempis

C
cedera – pulih
cemas – tenang
cerah – kelam
cicir – jumpa

D
duka – suka
dunia – akhirat

E
eksport – import

G
gadai – tebus
genap – ganjil
gelisah – tenteram

H
hafal – lupa
hapus – biak
hilir – hulu
hisap – hembus
hutang – tunai; piutang

I
ikat – hurai
isi – kulit
ingin – enggan
J
jahit – koyak
jatuh – bangun
jemput – usir
jujur – curang

K
kabur – nyata
karut – benar; betul
kecewa – berjaya
kekok – mahir
kemarau – tengkujuh
kemas – comot
kemudian – dahulu
kendur – tegang
kerap – jarang
keruh – jernih
kolot – moden
kusut – rapi

L
labuh – singkat
lari – kejar
lengang – ramai
lenyap – muncul
lintang – bujur
lumat – kasar

M
mabuk – siuman; waras
majikan – pekerja
marah – pujuk
mujur – malang
mungkin – pasti

N
neraka – syurga
nyaring – garau

P
palsu – asli
patuh – ingkar
pekat – cair
pejam – celik
pemuda – pemudi
pucat – berseri

R
racun – penawar
rampas – minta
redup – panas
rendam – jemur
rindu – benci
risau – tenang

S
sayup – jelas
separuh – semua
sah – batal
sambut – halau
saudara – saudari
sebentar – lama

seniman – seniwati
serah – terima
serang – kawal
serupa- – berlainan
sesak – lapang
setia – khianat
sopan – biadab
sudi – enggan
susun – selerak

T
tahniah – takziah
tambat – lepas
tegap – goyang
teliti – cuai
timbus – gali

U
undur – mara

W
wujud – tiada

Ada 5 komponen tatabahasa yang akan disentuh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Tahun 5.

Antaranya ialah :

1.    Morfologi
– Kata Nama Am
– Kata Nama Khas
– Kata Ganti Nama
– Kata Hubung
– Kata Panggilan
– Tanda Baca

2.    Sintaksis
– Ayat Tunggal
– Ayat Majmuk
– Ayat Penyata
– Ayat Tanya
– Ayat Seru
– Ayat Perintah

3.    Sebutan dan Intonasi
–  Ayat Perintah
– Ayat Tanya
– Ayat Seru
– Tanda Baca

4.    Kosa Kata
– ikut teks

5.    Simpulan Bahasa

Komen-komen
  1. nurul afiza berkata:

    ayat tanya:
    Aisyah,adakah kamu minat dalam pelajaran bahasa melayu?
    ayat perintah:
    Kakak,tolong belikan saya baju.
    ayat seru:
    wah,cantiknya tempat ini!

  2. sarah5usm berkata:

    ayat tanya:
    Akid,kamu sudah menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru?
    ayat perintah:
    Ayah,tolong belikan seluar terk.
    ayat seru:
    Wah,cantiknya baju yang kakak beli di mall tadi!

  3. FATIN5USM berkata:

    ayat tanya:
    abah,adakah kita akan pergi ker luar negara nanti?
    ayat perintah:
    kakak ambil kan akak air.
    ayat seru:
    aduh,sakit nya kaki ku ini!!!

  4. Yasmin Nabihah. berkata:

    ayat tanya: 1.Adik sudahkah kamu menyiapkan kerja yang cikgu beri?
    ayat perintah: 1.adik ambilkan air itu. ayat seru: 1.aduh sakitnya jantungku.

  5. cikgu naza berkata:

    Tahniah kepada semua yang telah memberikan contoh…

  6. nuramysha 5usm berkata:

    1.ayat tanya:siapakah nama guru baru itu? 2.ayat perintah:tolong jangan main sarang lebah itu. 3.ayat seru:aduh,sakitnya duri durian itu.

  7. Nafeesa Shahiza berkata:

    Contoh ayat yang melibatkan kata nama am :-

    1 Ayah dan Abang gemar memancing jika ada masa lapang.
    Kata Nama Am :-Ayah dan Abang

  8. nuramysha 5usm berkata:

    andai awak….-_-…

  9. sarah5usm berkata:

    hehehehhe……nafeesa bru nk msuk….😛
    jgn mrh tau…
    cikgu mne nya kerja yg diberikan oleh cikgu

  10. Nurul Shafiqah Sahira 5usm berkata:

    Hai baru nk tanya kerja sekolah ke ?

  11. Yiyi berkata:

    Helo semua

  12. Nor farizah berkata:

    Ayat tanya: adik sudah meyiapkan kerja rumahkah?
    Ayat seru: Wah, indahnya permandangan di sini!

    Betul tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s