Arkib untuk April, 2012

Dua hari Berkursus EduWebTV

Posted: April 24, 2012 in Uncategorized

Pada 25 dan 26 April saya akan mengikuti Kursus EduwebTV di Pusat Kegiatan Guru. Kelihatannya P&P tidak dapat berjalan lancar pada minggu ini. Diharap para pelajar tidak akan leka dan sentiasa menggunakan portal ini untuk membuat latihan dan menambahkan pengetahuan sedia ada. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya sering keluar berkursus? Jawapannya mudah sahaja…guru guru harus sentiasa dinamik dan fleksibel dalam melaksanakan wawasan sekolah. Selamat belajar dan selamat berusaha.

Dua Hari Saya Berkursus

Posted: April 19, 2012 in Uncategorized

Assalamualaikum kepada semua pelajar Kelas 5USM

Sekali lagi saya tidak dapat melanjutkan pengajaran dan pembelajaran saya bersama para pelajar sekalian. Bermula semalam dan hari ini saya mengikuti Kursus khas untuk Guru Perpustakaan dan Media dan Kursus iNilam yang diadakan di PKG Bandar Kota Tinggi. Saya harap para pelajar semua dapat menggunakan Blog kelas kita ini sebagai ganti ketidakhadiran saya selama dua hari ini. Gunakanlah segala maklumat dan latihan yang saya paparkan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu dari semasa ke semasa.

SEKIAN….

Assalamualaikum…

Agaknya ada juga yang perasaan akan ketidakhadiran saya mulai hari ini. Untuk makluman semua pelajar 5USM, saya akan bercuti selama seminggu mulai hari ini. Di sepanjang ketiadaan saya, beberapa latihan secara online akan saya sediakan di dalam ruangan Latihan. Diharap semua pelajar dapat menyiapkannya sebagaimana arahan yang diberi. Ketidakhadiran saya tidak bermakna pembelajaran juga terhenti. Saya harap semua pelajar sentiasa bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Sekian…